Sebuah syarikat di Jepun telah mencipta satu katil khas yang direka untuk para gamers bermain permainan video. Ia dicipta dengan tujuan untuk memberi keselesaan kepada para pemain.

Bauhutte, syarikat yang berpengkalan di Osaka telah mengambil inisiatif untuk mereka satu Gaming Bed bagi memudahkan para gamers.

65f679966446cec9887388afc81b2a8f
HYPE
SmartHeart REFINE, Makanan Basah PREMIUM Dalam Pouch Untuk Si Comel Anda
Baca lagi →

gb-1

“Apabila anda bangun, anda perlu bergerak dari katil dan menuju ke meja permainan video. Gaming Bed akan menyelesaikan masalah ini.” Kata kenyataan Bauhutte.

Gaming Bed membolehkan anda untuk bermain dari saat pertama anda bangun daripada tidur tanpa memerlukan anda untuk bangun dan berjalan menuju ke meja.

Monitor boleh dipasang di kaki katil dan pembesar suara boleh di isi di sebelah ruang yang direka khas untuk itu. Panel dan rak lain membolehkan anda menyusun semua peranti permainan anda dengan kemas tanpa menyemakkan bilik anda.

gb-3

Selain itu ada rak khas yang dibina untuk anda meletakkan minuman dan makanan ringan – ia hadir dengan tempat meletakkan cawan dan dibawahnya anda boleh letakkan makanan ringan.

Gaming Bed ini hadir dengan harga RM4,000. Anda boleh dapatkan di laman sesawang Bauhutte dan boleh memesan komponen secara individu mengikut keperluaan anda.

Berikut adalah cerita lain mengenai ‘gamers’, klik pautan di bawah untuk membaca.

Suri Rumah Ini Jana Pendapatan Sebanyak 5 Angka Sebulan Melalui Penstriman Permainan Video PUBG

KFC Perkenalkan Permainan Video Khas Colonel Sanders Versi Anime

Anda Mungkin Suka