Perkara pertama yang menarik minat saya untuk menonton filem ini adalah pelakon dari Indonesia, Iko Uwais dan Yayan Ruhian yang terkenal menerusi filem The Raid. Apabila sesebuah filem mengambil mereka berdua ini berlakon pastinya filem ini akan jadi sebuah filem aksi yang hebat. Kalau anda rasa macam biasa nampak Frank Grillo ini, beliau adalah Brock Rumlow, salah seorang penjahat dalam filem Captain America: The Winter Soldier.

Beyond Skyline adalah sekuel kepada satu filem sains fiksyen yang pernah keluar pada tahun 2010, Skyline. Menariknya tentang filem pertama siri ini adalah ianya adalah hasil kerja pengarah The Brothers Strause, yang sebelum ini menempak nama menerusi filem Aliens vs. Predator: Requiem. Boleh kata siri Skyline ini adalah projek indie mereka di mana kos pembuatan filem ini hanya sekitar bawah USD20 juta. Di Hollywood, kalau filem dengan bajet sebegini masih dikira kecil.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk Beyond Skyline, Brothers Strause tidak menjadi pengarah sebaliknya bertindak sebagai producer untuk filem ini. Tugas sebagai pengarah diberikan kepada Liam O’Donnell.

https://www.youtube.com/watch?v=4ZydhFS5E04

Jalan ceritanya bermula apabila Mark (Frank Grillo) terperangkap dalam kereta api bawah tanah bersama anak lelakinya, Trent. Sangkaan mereka awalnya mungkin kegagalan bekalan kuasa tetapi rupanya telah berlaku alien invasion di kawasan bandar. Sesiapa yang melihat cahaya biru akan terus ditarik masuk ke kapal angkasa mereka.

Makhluk asing ini hanya mahukan otak manusia. Otak manusia itu kemudiannya akan dipasang ke badan klon makhluk asing untuk menggerakkan klon-klon ini. Disebabkan Mark seorang yang memberontak dan tidak mahu dirinya menjadi seperti mangsa-mangsa yang lain, makhluk asing ini menganggap Mark sebagai ancaman kepada mereka.

Pembahagian filem juga agak sekata kerana di awal alien invasion ini, mereka berada di Los Angeles dan kemudiannya ke Laos. Dan disinilah bermula watak untuk Iko Uwais. Iko Uwais bertindak sebagai ketua kepada satu organisasi rahsia Laos. Bersama mereka bersatu untuk menumpaskan mahkluk asing ini daripada terus menjadikan manusia sebagai mangsa mereka.

Beyond-Skyline

Jadi bagaimanakah filem Beyond Skyline ini secara keseluruhannya? Bagi saya ianya sebuah filem yang baik bagi kategori B-Movie Hollywood. Dengan bajet filem ini, CGI-nya boleh dibanggakan dan baik. Tidaklah nampak CGI-nya seperti filem picisan Hollywood seperti Sharknado.

Saya agak keliru sebenarnya dengan watak anak Mark iaitu Trent. Trent ini pada dasarnya nampak dewasa dan tak nampak pun seperti anak Mark. Trent nampak lebih seperti rakan atau adik kepada Mark. Sepatutnya pihak casting perlu ambil pelakon yang lebih remaja untuk memegang watak Trent.

Ada juga perkara-perkara kecil lain yang pihak produksi terlepas pandang. Contohnya pada adegan melahirkan anak dalam filem ini. Apabila bayi berkenaan dilahirkan, bayi tersebut sudah agak besar dan tak nampak seperti bayi baru lahir. Tali pusat pun tak ada. Perjalanan mereka dari Amerika Syarikat ke Asia Tenggara pun tidak diceritakan dengan baik. Tiba-tiba sahaja dah sampai.

beyond_skyline

Tetapi di sebalik kekurangan ada juga kekuatan filem ini terutamanya apabila sampai babak pertarungan. Aksi pertarungan antara Mark dan Iko Uwais juga gempak dan meningatkan kita kepada babak pertarungan dalam filem The Raid. Apabila mereka bertarung dengan makhluk asing pula, ianya juga nampak real kerana makhluk asing ini sebenarnya adalah costume dan bukannya hasil CGI. Nampak seperti Predator pun ada juga mahkluk asing ini.

Di Amerika Syarikat siri ini mempunyai peminatnya yang tersendiri. Mungkin sebab filem ini yang bergerak secara independent . Ramai juga yang suka bila tiba-tiba ada robot seperti Kaiju filem Pacific Rim dalam filem ini. Benda yang random seperti inilah yang membuatkan filem ini berbeza berbanding filem cliche sains fiksyen yang lain.

Beyond Skyline masih sebuah filem yang menarik untuk ditonton di pawagam. Kalau tak ada Iko Uwais dan Yayan Ruhain dalam filem ini, nyata filem ini sama sahaja seperti filem-filem alien invasion yang lain. Saya beri rating 7/10 untuk filem Beyond Skyline ini.