Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor kesal dengan sikap sesetengah individu tidak bertanggungjawab yang melanggar privasi keluarganya.

Menurut laporan, pelakon veteran berusia 55 tahun itu sudah membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung akaun yang menyebar gambar keluarganya itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Adakah ini cara untuk mendapat perhatian di media sosial? Mengapa apabila anak saya menghantar meninggalkan komen di akaun berkenaan, namun disekat oleh mereka?,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dia tidak suka dan kurang gemar dengan tindakan individu tersebut kerana selama ini dia tidak pernah berkongsi gambar isteri dan anak-anak di media sosial untuk menghormati privasi keluarganya.

“Malah, pihak media juga sudah maklum mengenai perkara ini. Malah, saya sudah membuat laporan kepada MCMC untuk tindakan lanjut,” kata Rosyam.

Difahamkan, bukan sahaja gambar keluarga Rosyam disebar di akaun TikTok yang tidak bertanggunggjawab, malah rakan selebriti lain turut terkena seperti keluarga Faizal Hussein, Farid Kamil dan banyak lagi.

Rosyam berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Duan Nago Bogho yang berlangsung di GSC, Starling Mall, baru-baru ini.

Selain Rosyam, filem arahan Sabri Yunus itu juga dibintangi oleh pelakon-pelakon yang hebat seperti Asrul Faizal, Jojo Goh, Saidi Sabri, Angeline Tan dan ramai lagi.