Kecoh sejak beberapa hari yang lalu apabila sejumlah besar pengguna unifi meluahkan rasa tidak puas hati selepas rangkaian internet mereka mengalami masalah untuk diakses. Rasa tidak puas hati pengguna ini nampaknya turut diluahkan ke media sosial sekaligus mendapat perhatian pihak Telekom Malaysia (TM).

Melihat kepada jumlah respon yang ramai, Telekom Malaysia tampil mengeluarkan komen rasmi mengenai isu ini dimana terdapat masalah gangguan kerosakan kabel Malaysia melalui Mersing ke Singapura, Hong Kong dan juga San Jose, Amerika Syarikat. Kerosakan ini sekaligus membuatkan pelayaran ke laman web Hong Kong dan Amerika Syarikat mengalami masalah.

150422unifibag-1 (1)

Walau bagaimanapun, pihak Telekom Malaysia baru-baru ini telah memaklumkan pihak mereka telah memulihkan kembali kapasiti antarabangsa yang hilang disebabkan oleh kerosakan kabel yang berlaku sekaligus menjamin pelayaran internet ke laman-laman web ini kembali seperti sediakala.

Pihak TM turut memohon maaf ke atas gangguan yang berlaku melibatkan pengguna unifi. Sementara itu, proses baik pulih kabel berkenaan sedang dijalankan oleh pihak konsortium yang bertanggungjawab.

Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai isu gangguan internet yang berlaku baru-baru ini. Turut dikongsikan, tiga cara pengguna unifi boleh dapatkan Wi-Fi yang lebih baik.

unifi Alami Gangguan Internet Lagi, Kali Ini Melibatkan Kerosakan Kabel Bawah Laut

3 Cara Pengguna unifi Boleh Dapatkan Penggunaan Wi-Fi Yang Lebih Baik

Sumber