Ada tangan ghaib yang mengawal Uptown Danau Kota sehingga tercetusnya perbalahan apabila DBKL mengambil keputusan untuk mengawal tapak perniagaan mereka.

Antara inisiatif awal yang diambil oleh DBKL adalah memindahkan Uptown Danau Kota ke tempat yang baharu dengan sewa yang lebih rendah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkara itu jelas tidak mendapat tempat di hati para ‘peniaga’ apabila mereka melancarkan mogok pada 2 Januari yang lalu.

Namun, terdapat persoalan yang kurang jelas di tengah-tengah perbalahan ini – siapa sebenarnya yang membantah satu keputusan yang menguntungkan semua orang?

Terbaharu, seorang pengguna media sosial, @HafizRayyan telah menulis di laman Twitter peribadi miliknya bahawa kumpulan yang mengawal Uptown Danau Kota sebelum ini adalah samseng.

Perniagaan mereka terjejas berikutan keputusan DBKL berpindah ke tempat yang baharu di mana nilai sewa tidak lagi berada di bawah jagaan mereka.

Perkara ini juga disebut oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berkata, “dulu pihak ini kutip RM1,000 sebulan untuk setiap satu tapak perniagaan. Ada 500 tapak. Bererti pendapatan RM500,000 sebulan.

“Sekarang sewa dibayar kepada DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Kadar sewa pun lebih rendah,” katanya kepada Malaysiakini.

uptown-1200×600

Baru-baru ini Khalid Samad mengumumkan kadar sewa tapak lebih murah iaitu RM225.20 sebulan untuk barangan makanan dan RM212.70 untuk barangan kering.

Manakala bagi Ahli Ahli Parlimen Wangsa Maju, Dr Tan Yee Kew yang dituduh sebagai orang yang mahu menjatuhkan perniagaan Bumiputera mengeluarkan kenyataan yang sama apabila mendakwa pihak yang membantah keputusan DBKL ini datang daripada sindiket atau kroni.

Untuk rekod, melalui bancian yang dilakukan sebanyak tiga kali melibatkan 500 peniaga Uptown Danau Kota, terdapat beberapa isu berbangkit antaranya adalah hampir 60% peniaga tidak memiliki lesen dan ada yang menyewa tapak daripada sindiket.

Sindiket dan kroni sudah lama berkuasa di tapak Uptown Danau Kota sejak 12 tahun yang lalu dan misi utama Tan adalah untuk membebaskan mereka daripada penindasan pihak ketiga.

Isu Uptown Danau Kota sudah bermula dari Oktober tahun lalu lagi. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Uptown Danau Kota Ditamatkan Operasi, Bakal Berpindah Ke Tempat Baharu

Uptown Danau Kota Bakal Dipindahkan Ke Tapak Operasi Sementara