RM20,000. Itulah jumlah yang bakal diterima pemberi maklumat berhubung kejadian pencemaran air Sungai Selangor yang boleh membawa kepada penangkapan pihak berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan sendiri Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Negeri Selangor, Hee Loy Sian pada hari ini seperti dilaporkan Astro Awani.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Pada masa sama, kita akan mengalakkan orang ramai bertindak sebagai whistleblower (pemberi maklumat) iaitu kita akan beri ganjaran RM20,000 kepada mereka yang mendedahkan unsur-unsur mencemarkan sungai,” katanya.

Selain daripada menawarkan ganjaran wang tunai, pihaknya juga dilaporkan akan mengusulkan kepada Dewan Undangan Negeri Selangor untuk mengubah hukuman penjara dan denda daripada RM100,000 kepada RM200,000 hingga RM 1 juta dan penjara tiga tahun.

Selain daripada dua inisiatif yang akan diambil itu, pihak kerajaan negeri juga tambahnya akan memperkenalkan penggunaan dron bagi mengatasi masalah pencemaran air di Selangor.

Penggunaan dron berteknologi itu menurutnya akan membolehkan pihak mereka mereka memasuki kawasan terpencil dan dan pada masa sama memastikan sampel air dapat diambil dengan lebih berkesan.

Pengumuman itu hadir selepas berlakunya gangguan air di tujuh wilayah di Selangor beberapa hari kebelakangan ini. Gangguan itu dilaporkan berpunca daripada penutupan empat Loji Rawatan Air (LRA) akibat pencemaran di Sungai Selangor yang melibatkan lebih 1 juta pengguna.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru seperti dilaporkan Selangorkini, pencemaran itu dijangka pulih petang ini sekiranya keadaan semakin baik dan bekalan air ke kawasan terjejas akan disalur secara berperingkat.

Baca juga perkongsian kami mengenai kisah penjual air ini yang menerima kejutan selepas disaman penguatkuasa MBSA sebelum ini di pautan di bawah.

‘Jualan Baru RM75 Kena Saman RM300’ – Kisah Penjual Air Ini Tarik Perhatian Menteri Besar

Air Selangor Tercemar, Lembaga Pengarah Dan Pengurus Kilang Mengaku Tidak Bersalah

 

Sumber