Walaupun pada ketika ini umat Islam sedang menghadapi bulan Ramadhan, masih ada segelintir individu yang sanggup melakukan perbuatan keji demi kepuasan nafsu.

Kini tular satu video di Twitter yang memperlihatkan gelagat seorang individu yang menukar kod QR tabung masjid dengan kod QR akaun sendiri. Beliau didapati berlegar di kawasan masjid itu lalu menampal satu kertas kod QR pada tabung masjid yang disediakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Difahamkan kejadian ini berlaku di Indonesia dan didapati sudah dua masjid menjadi sasaran oleh suspek. Insiden ini dapat dikesan selepas salah satu masjid terbabit mempunyai CCTV lalu berjaya merakam perbuatan lelaki ini.

Ekoran insiden itu, para pengguna Twitter meluahkan rasa marah terhadap tindakan keji itu memandangkan ramai orang mungkin sudah menjadi mangsa suspek itu. Bagaimanapun, tindakan licik menukar kod QR ini juga dilihat sebagai suatu di luar kotak yang mana tidak pernah terfikir oleh kita.

Sebagai peringatan, anda perlu menyemak nama dan nombor akaun apabila mahu bersedekah menerus kod QR tidak kiralah di masjid atau mana-mana lokasi di luar sana. Hal ini kerana penjenayah bakal melakukan apa sahaja untuk mencapai perkara yang diinginkan