Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Setiap pemilik motosikal pasti pernah menghadapi detik-detik tertinggal atau kehilangan kunci sepanjang anda memiliki motosikal tersebut. Sudah pasti kejadian tersebut telah ‘memotong’ mood anda pada hari itu.

Baru-baru ini sebuah akaun Facebook Page ‘Tokan Helmet’ memuat naik satu video di mana ada sebuah bengkel berjaya mengubah suai Yamaha RX-Z dengan dilengkapi fungsi keselamatan cap jari sebagai pengganti kepada kunci motosikal tersebut.

Menurut pemilik motosikal itu, hanya cap jari yang telah diletakkan pada sistem pengesan sahaja yang boleh ‘membuka kunci’ untuk menghidupkan motosikal RX-Z tersebut.

Jika cap jari yang digunakan tidak ada di dalam sistem, pengesan cap jari itu akan mengeluarkan lampu berwarna merah. Apabila menggunakan cap jari sepadan dengan sistem, pengesan cap jari itu akan mengeluarkan lampu berwarna biru dan barulah motosikal itu boleh dihidupkan seperti biasa dengan kick-start.

Rata-rata pengguna media sosial yang melihat video tersebut berasa kagum dengan penambahbaikkan sistem keselamatan kreatif dan inovatif yang dibuat oleh pemilik bengkel terbabit. Menurut netizen, cara ini lebih selamat bagi mengelakkan motosikal daripada dipinjam oleh rakan-rakan.

Sumber Gambar: Facebook Tokan Helmet

Sumber Gambar: TikTok @tokan_helmet

Sumber Gambar: TikTok @tokan_helmet

Walaupun ianya kelihatan canggih, ada juga sebahagian netizen yang berkongsi kebimbangan andaikata jari pemilik mempunyai luka atau hilang, bagaimana pula cara untuk unlock motosikal tersebut.

Namun kami percaya dari pengubahsuaian yang kecil ini dapat ditambah baik dari masa ke semasa menjadi satu sistem keselamatan lebih baik. Siapa sangka satu hari nanti motosikal boleh dihidupkan juga menggunakan sistem pengimbas wajah (Face ID) pada masa akan datang.

Pasangan suami isteri ini berjaya menjelajah beberapa buah negara hanya dengan menunggang motosikal. Lihat bagaimana mereka buat melalui pautan di bawah.

Hanya Menggunakan Honda RS150R, Perjalanan 4 Bulan Pasangan Ini Ke Paris Raih Perhatian Netizen

Jauh Lebih Murah, Motosikal ‘Copy Ori’ Panigale Buatan China Tarik Minat Netizen

Anda Mungkin Suka