Jenama fesyen dari Amerika Syarikat, Gap akan menutup operasi cawangan mereka di The Gardens dalam masa terdekat. Pengumuman ini dibuat menerusi laman Facebook Gap Malaysia.

Butik Gap di Pavilion dan Queensbay Mall juga telah ditutup minggu ini. Sebagai tanda ucapan selamat tinggal, Gap mengadakan sale sehingga 80% di dua cawangan mereka iaitu di Pavilion dan One Utama.

Tujuan Gap mengundur diri dari pasaran Malaysia adalah sebagai usaha syarikat itu untuk mengimbangkan pasaran Gap di seluruh dunia. Mereka mahu menutup lebih 200 butik di seluruh dunia yang ‘tidak menguntungkan’ termasuk di Malaysia. Persaingan antara jenama lain yang lebih hype dan murah seperti Uniqlo dan H&M juga turut menyumbang kepada penutupan butik Gap di Malaysia.

Gap Inc akan mula memperbanyakkan jenama yang lebih mampu milik dan laku di bawah kendalian mereka, Old Navy dan Athleta selepas ini. Butik Old Navy ini sudah pun ada di One Utama dan Gap Inc merancang akan menambah lebih 200 butik Old Navy dan Athleta di masa akan datang.

Harga barangan di Gap memang tidak kompetitif jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan di Uniqlo dan H&M yang jauh lebih murah. Buat anda peminat Gap, bolehlah ke dua cawangan yang masih dibuka untuk membuat pembelian terakhir barangan jenama ini.

gap

Sumber