Jenama terkenal dari Amerika, GAP baru-baru ini telah memohon maaf mengenai rekaan t-shirt mereka yang tular di media sosial mengenai peta negara China yang tidak menampilkan negara Taiwan dan Tibet.

Isu ini bermula apabila seorang pengguna Weibo telah berkongsi satu gambar rekaan t-shirt di salah satu outlet GAP di Kanada. Jenama itu telah mengumumkan mereka telah menarik balik sepenuhnya baju dengan rekaan ini daripada pasaran.

gap-china-map-t-shirt-apology-4

“Kami memohon maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan ini,” jelas mereka menerusi satu kenyataan di laman sosial Weibo. Gap juga akan membuat siasatan bagaimana boleh berlaku kesalahan ketika proses pencetakan baju berkenaan.