Hampir setiap hari ada sahaja berita yang melaporkan kerenah rakyat Malaysia yang liat untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bukan saja berpusu-pusu di atas jalan dan berkerumun di pasar-pasar seluruh negara, tetapi ada juga yang melanggar PKP semata-mata kerana hanya ingin bermain golf seperti yang dilaporkan berlaku di Perak hari ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tiga lelaki tersebut Low Teck San, 68; Tan Chee Kean, 59 dan Eugene Wong Yat Hoe, 37 dipenjara tiga hari dan didenda RM1000 setiap seorang selepas mengaku bersalah mengingkari PKP dengan berkumpul di Kelab Golf Clearwater Sanctuary Resort untuk bermain golf pada semalam (Khamis).

Pengakuan bersalah itu dibuat di hadapan Majistret Nazratul Natrah Mohd Yusuf di Mahkamah Majistret Batu Gajah, Perak.

Kesemua mereka didakwa di bawah Peraturan 6 dan yang boleh dihukum di bawah Peraturan 11 (1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang boleh membawa hukuman penjara sehingga enam bulan dan didenda sehingga RM1,000.

Walaupun peguam tertuduh, Parveen Sharma Krishnan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon agar dikenakan denda namun Majistret mengarahkan hukuman penjara bagi ketiga-tiga mereka bermula dari tarikh tangkapan mereka semalam.

Nazratul Natrah juga pada masa sama menegur perbuatan ketiga-tiga tertuduh sebelum menjatuhkan hukuman tersebut.

“Pada pandangan pengadilan, anda sama sekali tidak peduli dengan barisan hadapan yang kini berjuang melawan Covid-19.

“Anda adalah orang berpendidikan yang memahami undang-undang dan kami memandang serius perkara ini terutama semasa fasa ketiga PKP ini,” katanya.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob sebelum ini memberitahu pesalah PKP akan mula ditempatkan di akademi penjara yang diwartakan kerajaan sebagai pusat tahanan. Baca perkongsian kami sebelum ini untuk membaca lebih lanjut. 

Pesalah PKP Akan Mula Ditahan Di Akademi Penjara Diwartakan Kerajaan

Netizen Dakwa Warga Myanmar Ingkar Arahan PKP Dan Sambut Songkran Di Malaysia?

Terperangkap Dengan PKP, Jurutera Dari Rusia Ini Ditinggalkan Bersendirian Di Temerloh

Sumber