Tidak boleh disangkal lagi, pengaruh BTS memang kuat. Turut dikenali sebagai Bangtan Boys, kumpulan Hip Hop Korea dari syarikat rakaman Big Hit Entertainment ini memulakan penampilan sulung mereka pada tahun 2013.

Kini, BTS merupakan antara idol K-pop yang cukup terkenal bukan sahaja di Korea malah, hampir di seluruh dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
e3a02cf0bcea4e99ae5fe55f2933df8c
SUMBER: SOOMPI

Meskipun nama BTS mula naik pada tahun 2017 dengan lagunya Blood, Sweat and Tears, pada tahun 2015, hampir 80 orang penumpang pesawat yang dinaiki mereka memesan ramen penangan pengaruh daripada BTS.

Kisah ini diceritakan oleh ahli BTS sendiri pada tahun 2015 ketika mereka menjadi tetamu di KBS Cool FM Kim Seong Joo’s Gayo Plaza. Apa sebenarnya yang BTS buat sampai hampir 80 orang penumpang nak makan ramen dalam pesawat ni?

318c3d31-bd4f-40ea-a644-c38e9cb09b5e
SUMBER: NEWS JOINS

Menurut RM, ketua kumpulan tersebut menjelaskan bahawa ahli BTS memang gemar dengan ramen dan akan memesannya sejurus mereka memasuki pesawat. Akan tetapi, bau ramen itu terlalu kuat sehinggakan bau tersebut boleh dihidu disetiap penjuru pesawat.

Disebabkan bau ramen yang sungguh menggoda itu, hampir semua orang dalam pesawat tersebut pun turut serta ingin memesan ramen juga.

20191120_btssia01
SUMBER: ASIA ONE

Tak menang tangan nampaknya pramugari pesawat pada ketika itu sehinggakan syarikat rakaman BTS, Big Hit Entertainment mendapat panggilan dari syarikat penerbangan tersebut untuk meminta agar BTS tidak berbuat seperti itu lagi.

Apabila ditanya tentang kejadian itu, ahli BTS V, memohon maaf di atas segala kesulitan. Untuk menonton video wawancara tersebut, klik sahaja video di bawah!

Pernah tular tentang baju yang dipakai V, ahli kumpulan BTS. Katanya baju tersebut persis baju batik sekolah. Ingin baca tentang BTS lagi? Klik sahaja pada pautan di bawah!

Persis Baju Batik Sekolah, Pakaian Taehyung BTS Ini Curi Perhatian Netizen

‘Fake Love’ Daripada BTS Berjaya Menjadi Lagu K-Pop Paling Kerap Distrim Di Spotify

Sumber