Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Terdahulu, tularnya satu perkongsian video lakonan mengenai taktik para ‘scammer’ mencuri maklumat peribadi pengguna ‘atas talian’ menerusi info yang tertera pada pembungkusan yang dibuang di tempat awam.

Namun, nampak gayanya masih ada individu yang tidak mengambil iktibar daripada perkongsian video berkenaan. Terbaharu. tularnya perkongsian pengguna Twitter @redzuanNewMPB yang memuat naik beberapa gambar mengenai seorang lelaki dengan berani membuang pembungkusan barangan ‘online’ miliknya di kawasan awam yang tidak sepatutnya.

Berdasarkan sumber, gambar-gambar tersebut dipercayai diambil oleh orang awam setempat yang membuat aduan kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan atas kegiatan yang dilakukan oleh lelaki berkenaan.

Sudah terang lagi bersuluh, lokasi berkenaan sudah terpampang papan tanda kawasan larangan membuang sampah dan sesiapa yang berdegil akan didenda sebanyak RM500.

Keberadaan lokasi rumah lelaki berkenaan berjaya dikesan oleh pihak berkuasa tempatan menerusi maklumat peribadi beliau yang tertulis pada pembungkusan berkenaan. Setakat ini, identiti pelaku serta tempat kejadian masih dirahsiakan.

Tindakan lelaki ini bukan sahaja mengundang pencemaran alam sekitar bahkan mampu menjatuhkan imej negara disebabkan cerminan rakyat yang tidak bertanggungjawab berbuat sepah di kawasan larangan. Berharap kesilapan ini tidak akan diulangi lagi dan tidak menjadi ikutan di kalangan rakyat di negara ini.

Baca lagi perkongsian daripada kami mengenai taktik scammer yang mencuri maklumat peribadi pengguna melalui parcel pada pautan di bawah.

Curi Maklumat Peribadi Melalui ‘Parcel’, Ini Taktik Scammer Untuk Jadikan Anda Mangsa

‘Hanya Salah Faham Bukan Mogok’- J&T Minta Maaf Pekerja Campak Parcel Secara Ganas

Marahkan Pengurusan, Pekerja J&T Mogok Dengan Membaling Barang Pelanggan

Anda Mungkin Suka