Golden Screen Cinema atau GSC dilaporkan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM45,000 oleh Mahkamah Seksyen di Melaka, atas kesalahan mencatut atau menjual sesuatu barangan pada harga yang tinggi.

Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar berkata, pencatutan itu melibatkan penjualan dua barangan iaitu air mineral 600ml jenama Spritzer yang dijual pada harga RM3.30 dan keropok kentang Mister Potato 75gm pada harga RM5.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan, GSC didapati melakukan kesalahan tersebut setelah mahkamah meneliti keterangan daripada tiga saksi pendakwaan dan empat orang saksi pembelaan serta hujahan daripada kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.

GSC dikatakan melakukan kesalahan berkenaan pada Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Melaka. Denda sebanyak RM45,000 dikenakan mahkamah selepas pihak tertuduh meminta mahkamah jatuhkan hukuman ringan dengan alasan ia merupakan kesalahan kali pertama, dan lebih kepada faktor teknikal serta kenaikan margin keuntungan dalam kadar yang sedikit.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

31,598 Entiti Gagal Isytihar Pendapatan Buat Kerajaan Rugi RM665 Juta, Lapor LHDN

Terkedu Habis Pelajar, Gimik ‘Unboxing’ Barangan Guru Ini Raih Perhatian Netizen