Pelbagai cabaran pernah menjadi trend seperti Kiki Challenge, Bucket Challenge, dan sebagainya. Berikutan penularan wabak COVID-19 atau lebih dikenali dengan coronavirus, terdapat Coronavirus Challenge yang menjadi trend pengguna TikTok.

Ramai pengguna TikTok yang menyertai kehangatan trend ini yang pastinya akan melonjakkan populariti mereka. Akan tetapi, ada sesuatu yang mengejutkan ramai orang akan trend tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baru-baru ini tular video TikTok yang sahut cabaran coronavirus di Twitter. Menerusi video yang tular itu, seorang gadis menyahut cabaran tersebut dengan menjilat tempat duduk tandas dalam kapal terbang.

https://twitter.com/CashNastyGaming/status/1239039704181493761

Video tersebut mendapat perhatian netizen di seluruh dunia dan rata-rata netizen mengatakan perbuatan tersebut tidak masuk akal dan mungkin pengikutnya akan melakukan perkara yang sama.

Malah, ada juga yang mengatakan cabaran yang menjadi trend itu tidak sepatutnya ada dengan keadaan ramai orang sengsara akibat wabak tersebut.

Gadis tersebut telah kongsikan di Instastory miliknya bahawa dia sudah membersihkan tandas dalam kapal terbang peribadinya dengan menggunakan pembasmi kuman selama 40 minit sebelum melakukan cabaran tersebut.

Malah, dia mengatakan bahawa dia berjaya mendapatkan wang sebanyak $4000 (~RM17,283.27) kerana video tersebut.

tik-tok-user-goes-viral-after-starting-coronavirus-challenge-by-licking-airplane-toilet-seat-world-of-buzz-3-576Ă—1024
Sumber: WOB

Terdapat pelbagai cabaran yang sering tular dan menjadi trend sehinggakan ramai ingin mencubanya dan ini merupakan salah satu daripadanya. Apa pula pandangan anda mengenai cabaran ini?

Apa kata anda lihat trend challenge yang menjadi ikutan ramai orang sebelum ini. Klik pautan di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.

‘Bahaya’ Cabaran #10YearsChallenge Yang Mungkin Ramai Tidak Sedar

‘Skullbreaker Challenge’, Cabaran Gila Yang Sedang Tular Di TikTok

Lihat Donnie Yen Sahut Cabaran ‘Bottle Cap Challenge’ Dengan Mata Tertutup