Godiva merupakan jenama coklat mewah dan premium yang boleh dikatakan menjadi kegemaran ramai. Godiva menggunakan bahan berkualiti membuatkan coklatnya kaya dengan rasa koko sebenar.

Penularan wabak COVID-19 diseluruh dunia memberi kesan kepada sektor ekonomi, pelancongan dan banyak lagi lalu menyebabkan ramai orang mengalami kerugian. Difahamkan, Godiva akan menutup 128 cawangannya di Amerika Utara mulai bulan Mac ini.

Keputusan penutupan cawangan Godiva diambil berikutan penurunan permintaan pelanggan sepanjang COVID-19. Dalam satu kenyataan, Godiva juga mempertimbangkan untuk mengekalkan cawangan di Eropah, Timur Tengah dan juga China.

Penjualan coklat Godiva di Amerika Utara akan dijual secara atas talian selepas ini. Akan tetapi, syarikat tersebut tidak mendedahkan jumlah pekerja yang akan terkesan daripada keputusan tersebut. Walau bagaimanapun, masih belum diketahui sama ada cawangan di Malaysia akan turut terkesan selepas ini.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan industri yang terkesan akibat COVID-19 pada pautan di bawah ini.

Industri Pelancongan ‘Tenat’, 204 Syarikat Perhotelan Dan Resort Gulung Tikar?

Tidak Mahu Rugi, H&M Bakal Tutup 250 Cawangan Di Seluruh Dunia

Lebih 7 Tahun Beroperasi, Hotel Four Points by Sheraton Di Sandakan Telah Ditutup Secara Rasmi

Sumber