Seseorang itu boleh menghabiskan puluhan tahun untuk membina mimpi. Tetapi ia juga boleh dihancurkan dalam satu masa yang singkat.

Sejak pandemik COVID-19 melanda dunia. Kita sudah dipaparkan dengan beberapa kisah perniagaan yang menemui jalan penghujung. Ada yang terpaksa menutup perniagaan, ada yang terpaksa membuang orang dan ada juga yang menunggu nasib di hujung tanduk.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Itulah yang berlaku kepada Airbnb, sebuah syarikat dari sektor pelancongan yang menawarkan perkhidmatan tempat tinggal buat kaki travel di seluruh dunia.

Dalam satu kenyataan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Airbnb, Brian Chesky, dia sendiri tidak menduga bahawa pandemik COVID-19 akan memberi kesan yang besar kepada perniagaannya yang dibina sejak 12 tahun lalu.

“Kami mengambil masa 12 tahun untuk membina Airbnb, dan kami kehilangan hampir semuanya dalam empat hingga enam minggu,” kata Chesky dalam wawancara di CNBC.

Chesky menambah bahawa Airbnb menghadapi cabaran besar pada masa depan yang tidak menentu disebabkan ketakutan umum terhadap wabak yang sudah mengambil hampir 500,000 nyawa di seluruh dunia.

“Pelancongan yang kita tahu, sudah berakhir. Saya tidak mahu mengatakan bahawa perjalanan sudah berakhir, tetapi model pelancongan yang kita tahu sudah mati dan tidak akan kembali,” katanya seperti dipetik dari Entrepreneur.

Untuk rekod, perkhidmatan Airbnb di Amerika Syarikat sudah mula pulih, tetapi bagi Chesky, dia tidak mahu mempunyai harapan palsu bahawa syarikatnya sudah benar-benar pulih daripada kesan pandemik COVID-19.

Terdahulu, Persatuan Bangsa-Bangsa bersatu dalam satu laporan menyatakan bahawa Airbnb adalah salah satu syarikat yang menyokong penjajahan Israel ke atas Palestin. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Airbnb Antara Firma Dari Amerika Yang Menyokong Penjajahan Israel Ke Atas Palestin

Penginapan ‘Unik’ Airbnb Di Petaling Jaya Ini Tawar Pengalaman Realiti Kehidupan Miskin Bandar

Tempahan Airbnb Di Bandar Sibu Dan Semporna Menunjukkan Peningkatan Ketara

Sumber