Industri pelancongan merupakan antara sektor yang terkesan disebabkan penularan wabak COVID-19 dan banyak hotel serta agensi pelancongan terpaksa ditutup.

Terbaharu, Galeri Petronas di Suria KLCC bakal menamatkan operasi sebagai galeri awam pada akhir bulan ini. Penutupan ini disebabkan penyesuaian semula model operasinya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walaupun ruang awam galeri ditutup, karya seni dari Koleksi Seni Petronas tetap tersedia untuk dipinjamkan ke program dan inisiatif berkaitan. Ini kerana, Petronas komitmen mahu mempromosikan pemahaman dan penghargaan seni dalam kalangan masyarakat di Malaysia meskipun bukan lagi di Galeri Petronas.

Pekerja tetap yang terkesan dengan penutupan berkenaan sudah berjaya ditugaskan ke peranan baharu di Petronas. Untuk pengetahuan anda, Galeri Petronas wujud pada tahun 1992 dimana memperjuangkan seni ke arah memupuk perkembangan masyarakat holistik yang penting bagi kemajuan ekonomi dan sosial Malaysia.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

Tidak Mahu Mengalah Di Laluan Tol, ‘Abang Lori’ Terhibur Lihat Gelagat Altis Dan Bezza

Influencer Kembali Jadi Buah Mulut Netizen, Kali Ini Kerana Konten ‘Alasan Rentas Negeri’

Langgar SOP Dan Terpalit Kontroversi, Swarovski Sahkan Tamat Kolaborasi Dengan Neelofa

Sumber