Selepas pertama kali terbit dengan lagu PPAP atau Pen Pineapple Apple Pen tiga tahun lalu, penyanyi Jepun, Pikotaro kembali mencuri tumpuan netizen di seluruh dunia minggu ini.

Ia selepas penyanyi yang popular di media sosial itu kembali dengan lagu terbaru Pray-for-People-and-Peace yang mengajak orang ramai untuk mencuci tangan sempena dengan penularan wabak COVID-19 ketika ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

wash3

Lagu itu juga turut dikenali sebagai PPAP versi tahun 2020 seperti tertera di muzik video yang dimuatnaik sejak 5 April lalu.

Masih menggunakan irama yang sama dengan lagu PPAP yang tular suatu ketika dahulu, muzik video terbaru itu juga menyaksikan beliau masih mengenakan pakaian bermotifkan harimau sama seperti sebelum ini.

Walaupun hanya menukar sedikit lirik dan menggunakan irama yang sama, namun video tersebut sudah pun mencatatkan hampir 5 juta tontonan di Youtube.

Malah menurut laporan Malaysiakini, lagu tersebut juga berjaya memecahkan rekod Dunia Guinness sebagai lagu terpendek memasuki carta Billboard Hot 100.

Semalam kita diekjutkan dengan berita pemergian penyanyi Indonesia, Glenn Fredly yang pernah popular dengan lagu Januari satu ketika dahulu. Baca perkongsian kami di bawah untuk membaca dengan lebih lanjut. 

Penyanyi Indonesia, Glenn Fredly Dilaporkan Meninggal Dunia

Pelawak Lagenda Jepun, Ken Shimura Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Bandai Lancar Digivice Edisi Khas Sempena Ulang Tahun Ke-20 Digimon

Sumber