Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Seorang nelayan di Korea Utara dilaporkan telah dihukum mati di khalayak ramai kerana mendengar stesen radio yang dilarang, lapor Radio Free Asia.

Lelaki berusia 40-an itu dibunuh setelah dia mengaku mendengar siaran radio yang dilarang di negara komunis selama lebih dari 15 tahun.

Peraturan ketat ini dilihat untuk mengawal rakyat mereka daripada mengakses maklumat dan berita dari luar negara.

Nelayan terbabit, yang bernama Choi, dikatakan telah mendengar siaran radio asing ketika dia berada di perairan luar Korea Utara.

Tindakan Choi dilaporkan oleh salah seorang nelayan yang bersama dengannya. Dia kemudiannya diserahkan kepada pihak berkuasa Korea Utara di bandar pelabuhan Chongjin, di mana dia mengaku bersalah.

Difahamkan, Choi yang berhadapan dengan tuduhan ‘menindas parti’ telah mula mendengar radio saluran asing sejak dia berkhidmat sebagai operator radio dalam tentera.

Sumber RFA turut mendakwa bahawa nelayan yang memberitahu pihak berkuasa Korea Utara sudah lama tidak berpuas hati dengan Choi yang dilaporkan sombong dan tidak beradab.

Terdahulu, pesakit COVID-19 di Korea Utara diseksa sehingga meninggal dunia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Korea Utara ‘Seksa’ Pesakit COVID-19 Kelaparan Hingga Mati, Mayat Mereka Dibakar

Anda Mungkin Suka