Pada pertengahan bulan lalu, Apple secara rasminya telah melancarkan kemas kini bagi sistem operasi mereka iaitu iOS 14. Kemas kini terbaru ini membolehkan pengguna iOS meletakkan widget serta menghias homescreen mengikut kreativiti tersendiri.

Di sebalik pelancaran iOS 14, para pereka ikon dilihat sangat aktif dalam menghasilkan ikon yang menarik untuk digunakan ramai. Di sebalik lambakan ikon yang tersedia, siapa sangka ikon hasil @traf antara yang menjadi pilihan YouTuber yang popular dalam bidang gadget iaitu MKBHD sekaligus membuatkan para penonton beliau turut mencubanya.

Siapa sangka, menurut perkongsian terbaru daripada MKBHD, @traf berjaya menghasilkan lebih $100,000 (RM413,880) seminggu selepas dikongsikan YouTuber ini.

Apa yang lebih menarik, @Traf yang menerima durian runtuh ini mengatakan ikon yang dihasilkan cuma memerlukan dua jam untuk disiapkan. Beliau yang menjual ikon keluarannya dengan harga $28 (RM115.90) ini turut berkongsi dimana beliau mula menghasilkan ikon buat aplikasi bermula sejak 2013 lagi.

“Sekiranya saya melakukan ini sepenuhnya untuk tujuan menjana wang, saya yakin ia tidak akan berjaya seperti yang dilakukannya. Teruskan melakukan apa yang anda sukai, kongsi ia dengan dunia, dan biarkan internet menguruskan selebihnya.” tambah @Traf.

Anda yang berminat untuk menggunakan ikon daripada @Traf pada peranti iOS 14 boleh klik di sini untuk mencubanya.

Pada bulan lalu, gambar sawah padi di Sabak Bernam telah dipilih Apple untuk dimuat naik pada laman Instagram mereka. Klik pautan dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Gambar Sawah Padi Di Sabak Bernam ‘Viral’ Selepas Menjadi Pilihan Instagram Apple

Pernah Menjadi Kegilaan Ramai, Permainan FarmVille Bakal Ditamatkan Akhir Tahun Ini

 

Sumber