Sudah menjadi tanggungjawab buat pengguna jalan raya untuk meletakkan kenderaan di tempat sepatutnya. Selain itu, parkir kenderaan di tempat yang tidak menghalang kenderaan lain antara yang menjadi keutamaan.

Terbaharu, tular di TikTok @amirafiqqqqq di mana kumpulan lelaki ini telah ‘mengalih’ kereta Myvi. Menariknya, mereka tidak mengalih kereta seperti kebiasaan sebaliknya terpaksa mengangkat kereta berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@amirafiqqqqq

♬ Goda – Bhumiband

Menerusi perkongsian pemilik video ini, beliau memaklumkan mereka yang menaiki bas sudah puas mencari pemilik kereta Myvi berkenaan dalam memastikan bas yang dinaiki mereka dapat dialihkan di Padang Kota namun masih gagal.

Hal ini sekaligus mendesak mereka untuk berganding bahu mengangkat kereta Myvi yang parkir dengan senget ke arah bahu jalan.

Berdasarkan perkongsian video tersebut, rata-rata netizen kagum dengan tindakan kumpulan lelaki ini. Terdapat juga netizen yang menyamakan tindakan mereka seakan dalam babak drama Korea Twenty-Five Twenty-One.

Sumber: tiktok @amirafiqqqqq
Sumber: tiktok @amirafiqqqqq

Meskipun parkir kereta Myvi ini dianggap tidak jauh jaraknya dengan bahu jalan, namun secara tidak langsung telah menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Diharapkan semoga situasi ini tidak lagi berulang serta menjadi pengajaran kepada pengguna yang lain.

Tular pada minggu ini apabila terdapat seorang individu yang dilaporkan kencing di hadapan sekolah gara-gara ‘urgent’ dan bertindak untuk mengugut orang yang menegurnya.

Berang Dan Ugut Selepas Ditegur, Tindakan Lelaki Ini Kencing Depan Sekolah Raih Perhatian Netizen

Jumpa Serangga Dalam Minuman, Kebersihan Restoran Di Kampung Baru Ini Undang Pertikaian Netizen