Penggunaan gajet amat penting untuk setiap golongan tetapi penggunaan yang berlebihan tidak bagus untuk kesihatan dan sedikit sebanyak akan mempengaruhi sesetengah individu itu.

Malah, boleh dikatakan ada kanak-kanak dan remaja yang taksub sehingga tidak boleh berenggang langsung dengan gajet mereka. Terbaharu, seorang pengguna TikTok @miaaulia78 telah berkongsi video dimana dirinya mengejar adik-adiknya yang cuba lari dari rumah pada jam 5 pagi.

@miaaulia78

♬ original sound – 🦄 MiaAulia🦄 – 🦄 MiaAulia🦄

Menurutnya, kejadian tersebut terjadi apabila adik-adiknya merajuk selepas telefon bimbit mereka dirampas. Lalu, adik-adiknya nekad cuba melarikan diri dari rumah dan hal tersebut disedarinya.

Video tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa terhibur melihat aksi Mia yang mengejar adik-adiknya di kawasan rumah mereka. Malah, ada juga netizen yang mahu Mia bertegas sedikit dengan adik-adiknya itu agar tidak mengulangi perkara yang sama.

Segelintir netizen juga berkongsi pernah berfikir dan cuba lari dari rumah tapi selalu akan kembali semula. Para netizen juga mengatakan kanak-kanak sekarang banyak terpengaruh dengan media sosial dan harus sentiasa diperhatikan.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah raih lebih sejuta tontonan dan mendapat lebih 90 ribu tanda suka. Malah, kedua beradik itu juga sudah selamat pulang dan didenda oleh ibu bapa mereka kerana bertindak membimbangkan orang ramai.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

‘Diekori’ Rapat Kereta Tidak Dikenali, Perkongsian Detik Cemas Wanita Ini Raih Perhatian Netizen

Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Pentas PBB, Tindakan Tuan Ibrahim Ini Buat Netizen Bangga

Laut Bergelora Dan Hujan Lebat Tidak Berhenti, Netizen Bimbang Lihat Keadaan Di Pulau Perhentian