Seni stance’ dalam automotif cukup terkenal sebagai satu subkultur yang mengubahsuai kereta menjadi rendah dan tayar ‘terkepak’ keluar. Budaya yang cukup popular di Jepun itu kini telah tular menjadi ikutan di seluruh dunia.

Baru-baru ini tular video Honda Civic mengalami kesukaran untuk keluar dari stesen minyak akibat kereta terbabit terlalu rendah sehingga ia tidak dapat melepasi permukaan jalan yang tidak rata.

Kejadian yang berlaku di Thailand itu telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Warganet menyatakan modifikasi itu mensia-siakan sahaja, bukan hanya merosakan kereta, bahkan menambahkan lagi kerosakan pada permukaan jalan yang sudah tidak elok.

Tambah netizen lagi, kereta-kereta stance hanya sesuai untuk diletakkan semasa acara pameran sahaja. Jika hendak digunakan untuk memandu, ianya sangat tidak praktikal dan boleh mendatangkan masalah kepada pemandu dan pengguna jalan raya lain yang berada di sekitarnya.

Sumber Gambar: Instagram @vocketcarclub
Sumber Gambar: Instagram @ohmedia

Netizen juga berkongsi beberapa seloroh yang menggelikan hati warganet, antaranya –

“Dia punya slow sampai JPJ sempat datang.

“Nak keluar stesen pun minyak boleh habis dua takuk.

“Aku dah habis baca Iqra 1, kau tak keluar-keluar lagi dari stesen minyak,” petik kenyataan warganet pada ruangan komen.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sebelum ini sebuah Axia ‘stance’ mencuri tumpuan ramai apabila pemilik memandunya di atas jalan raya sehingga mengeluarkan percikan api.

Netizen Sedih Lihat Keadaan Perodua Axia Diubah Suai Hingga Hilang Seni ‘Stance’

Pakar Jelaskan Kenapa Reka Bentuk ‘Steering’ Seperti Ini Bahaya Untuk Kereta Kegunaan Harian

Gurauan Bawa Padah, Buka Stereng ‘Quick Release’ Sewaktu Memandu Jadi Punca Proton Wira Ini Terbabas