Acara F1 semalam terpaksa disingkatkan tempoh perlumbaannya apabila hujan turun dengan lebat, sekaligus ia menjadi salah satu perlumbaan paling singkat dalam sejarah acara sukan permotoran tersebut.

Hujan lebat yang turun membasahi litar Spa-Francorchamps telah menyebabkan perlumbaan tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga hampir 3 setengah jam lewat daripada masa sepatutnya.

HYPE
Lenovo Janjikan Pengalaman ‘Gaming’ Dan Kerja Lebih Lancar Dengan Legion 5 Dan G27q-20 Monitor
Baca lagi →

Max Verstappen diisytiharkan sebagai pemenang Grand Prix Belgium setelah mengekori sebuah kereta Mercedes-AMG GTR sebagai Safety Car untuk beberapa pusingan. Separuh mata diberikan kerana lebih daripada dua pusingan tetapi kurang daripada 75% perlumbaan, lapor laman web rasmi Formula1.

Setelah para pelumba berjaya melengkapkan beberapa pusingan, pihak penganjur membuat keputusan untuk menghentikan perlumbaan tersebut kerana keadaan cuaca buruk yang tidak sesuai buat semua pelumba meneruskan perlumbaan.

“Sudah tentu ianya satu kemenangan tetapi bukan kemenangan sepertimana yang anda mahukan. Saya rasa untuk hari ini, penghargaan besar patut diberikan kepada semua peminat yang berada di dalam litar ini.

“Sepanjang hari dalam hujan, berkeadaan sejuk dan berangin, jadi saya rasa mereka sebenarnya pemenang yang lebih besar pada hari ini,” komen Max Verstappen, pelumba Red Bull setelah menang mudah dalam perlumbaan semalam.

Sementara itu, pingat Olimpik 2020 milik atlet China sudah mula menggelupas walaupun tidak sampai sebulan. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Mengelupas Tidak Sampai Sebulan, Atlet China Kongsi Kualiti Pingat Olimpik 2020

Saham Manchester United Melonjak Lebih RM1.22 Bilion Selepas Sahkan Perpindahan Cristiano Ronaldo

‘Apa Fungsi Mereka?’ – Khabib Anggap Gadis Arena ‘Tidak Berguna’ Dan Selalu Buat Dia Rasa Tak Selesa

Anda Mungkin Suka