Seorang wanita yang gagal mematuhi perintah kuarantin selepas didapati positif COVID-19 telah mencetuskan kluster baharu di Paka Rawiyan, Ranau, Sabah. Dia didapati telah keluar bertegur sapa dengan seorang penduduk kampung di kawasan kebun getah tersebut semasa mahu mencari capaian internet, lapor Free Malaysia Today.

Perkara ini disahkan oleh Menteri Sabah, Masidi Manjun yang juga jurucakap COVID-19 bagi negeri tersebut. Dia mengatakan bahawa wanita berusia 32 tahun itu telah didapati positif ketika melakukan perjalanan keluar daerah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dan saringan yang dilakukan dari 29 Julai hinggalah 14 Ogos, Masidi menyatakan bahawa terdapat peningkatan jumlah kes di antara kontak rapat dan kontak sosial. Dari 132 orang yang disaring, kelompok itu kini telah mencatatkan 41 kes positif termasuk 13 kes baru semalam.

Selain daripada itu, Masid berkata bahawa dua kluster baharu yang lain adalah kluster Segama Batu Satu di Lahad Datu yang datang dari kumpulan tempat kerja melibatkan syarikat pembuatan tayar. Manakala kluster kedua pula adalah di Tangkuyan di Kinabatangan yang melibatkan kes indeks seorang kerani wanita yang didapati positif hasil daripada pemeriksaan di tempat kerja pada 9 Ogos lalu.

Wanita terbabit didapati positif selepas dia menghadiri pengebumian ahli keluarga di Kampung Tangkuyan, Kuamut. Sejak itu, lebih 120 orang kenalan yang terdiri daripada keluarga dan ahli masyarakat telah didapati positif COVID-19.

Semalam, Sabah telah mencatatkan 1,665 jangkitan COVID-19 baru, dengan kontak rapat menyumbang 915 kes atau 54.95 peratus daripada jumlah keseluruhan. Masidi berkata jumlah beban harian menurun sebanyak 87 disebabkan oleh penurunan kes yang besar di ibu negeri. Namun trend menurun ini tidak akan berterusan kerana jangkitan baru akan menyebabkan kes harian berubah-ubah, katanya.

Sementara itu, 386 pesakit baru (24.2 peratus) berada di Kategori 1, 751 (45.1 peratus) di Kategori 2, lapan di Kategori 3, dua di Kategori 4 dan satu di Kategori 5, sementara 517 pesakit (31 per sen) masih dalam proses siasatan.

Keadaan pusat internet di Kelantan undang persoalan warganet. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Keadaan Pusat Internet Di Kelantan Undang Persoalan Warganet

Jaringan Internet Lemah, Pelajar Terpaksa Belajar Atas Tanah Untuk Sesi PdPR

Jawab Peperiksaan Sambil ‘Camping’, Pelajar Ini Kongsi Cabaran 24 Jam Atas Pokok Di YouTube