Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sejak virus COVID-19 melanda negara Malaysia pada tahun lalu, pihak kerajaan telah mengambil inisiatif awal dengan menghadkan jumlah pelanggan di dalam kedai pada satu-satu masa bagi mengelakkan penularan virus tersebut.

Baru-baru ini tular satu rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki datang menghampiri dua orang pekerja pasar raya yang sedang duduk menggunakan telefon sebelum dia mengamuk lalu memukul kedua-dua pekerja tersebut.

Menurut caption hantaran asal video itu, lelaki tersebut berbuat sedemikian setelah isterinya mengadu terpaksa beratur lama di luar pasar raya disebabkan jumlah pelanggan yang ramai ketika waktu itu.

Hantaran Facebook tersebut telah mendapat ribuan reaksi dari netizen yang geram dan mempersoalkan kenapa lelaki tersebut tergamak berbuat sedemikian sedangkan semua orang sudah sedia maklum pihak kerajaan telah menetapkan had maksimum jumlah pelanggan di dalam kedai pada satu-satu masa.

vocket-lelaki-pukul-pekerja-pasaraya-speedmart-1

Sumber Gambar: Facebook Page Sukan Star TV – sstv.my

vocket-lelaki-pukul-pekerja-pasaraya-speedmart-8

Sumber Gambar: Facebook Page Sukan Star TV – sstv.my

vocket-lelaki-pukul-pekerja-pasaraya-speedmart-4

Sumber Gambar: Facebook Page Sukan Star TV – sstv.my

vocket-lelaki-pukul-pekerja-pasaraya-speedmart-3

vocket-lelaki-pukul-pekerja-pasaraya-speedmart-2

Sumber Gambar: Facebook Page Sukan Star TV – sstv.my

Kira-kira 10 saat sebelum rakaman video berakhir, datang dua orang pemuda berhampiran cuba ‘menyuraikan’ keadaan. Lelaki tersebut dilihat ‘melarikan’ diri setelah menyedari kehadiran dua orang pemuda tersebut.

Semoga kedua-dua pekerja pasar raya tersebut segera pulih dari insiden yang berlaku dan pihak syarikat pasar raya tersebut mengambil tindakan sewajarnya terhadap lelaki tersebut.

Perkembangan terkini 7 Ogos 2021, 11:50 Pagi: Insiden yang berlaku ini bukanlah disebabkan wanita tersebut mengadu terpaksa berdiri lama beratur akibat orang ramai. Sebaliknya wanita tersebut diganggu oleh pekerja pasar raya terlebih dahulu, sebelum insiden tersebut berlaku.

Anda boleh baca laporan polis yang telah dibuat melalui ciapan di bawah.

Baca lagi insiden pukul-memukul yang terjadi sepanjang tahun ini sehingga meraih perhatian netizen melalui pautan di bawah.

Rangkul Leher Dan Pukul Penghantar Makanan, Lan Pet Pet Sekali Lagi Terlibat Dengan Pergaduhan

Didakwa Pukul Warga Asing, Polis Buru Yusuf Azmi Dan Pengikutnya

Pukul Isteri Hingga Koma, Suami Rayu Ikat Jamin Dikurangkan Kerana Perlu Tanggung 3 Isteri

Anda Mungkin Suka