Seperti yang ramai sedia maklum, Malaysia kini sedang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (Perintah Kawalan Pergerakan) di mana orang ramai seluruh Malaysia perlu mengikut SOP seperti yang ditetapkan pihak kerajaan.

Dalam pada itu, tular sebuah perkongsian di Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam di mana sebanyak 9 kompaun telah dikeluarkan oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kepada orang awam yang melanggar SOP PKP.

192269780_3996954713707466_2280550073665578264_n
Sumber: facebook Majlis Bandaraya Shah Alam
194204412_3996954790374125_4058062549264250065_n
Sumber: facebook Majlis Bandaraya Shah Alam
189482171_3996954917040779_8522743097567175534_n
Sumber: facebook Majlis Bandaraya Shah Alam

Turut hadir bersama dalam rondaan berkenaan adalah anggota PDRM dan juga kakitangan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Difahamkan orang ramai sekadar dibenarkan untuk joging di sekitar kawasan kejiranan dan bukannya kawasan awam. Selain itu, orang awam dinasihatkan agar tidak berkunjung ke taman-taman awam dalam tempoh PKP 3.0 dalam usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19.

Tular pada minggu ini apabila rider Foodpanda sekali lagi muncul hero selepas berjaya membantu pihak polis menangkap perompak.

‘Rider’ foodpanda Sekali Lagi Muncul Hero, Kali Ini Bantu Polis Tangkap Perompak

Klip ‘Jatuh Bot’ Jadi Parodi Mat Salleh, Wartawan TV3 Kongsi Kisah Abang Aziz Kepada Netizen