Bunyinya mungkin sedikit pelik dan sukar untuk dipercayai, namun itulah yang dilakukan seorang wanita yang cuba menjual gelang tangan yang dipercayai mampu mencegah COVID-19 baru-baru ini.

Promosi yang dilakukan beliau di Facebook itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila terdapat aduan dibuat terhadapnya kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Hm
Gelang Cegah COVID-19 Yang DIjual (FOTO: Harian Metro)

Hasil daripada aduan yang dibuat dek kerana isu gelang tersebut yang tular di media sosial, pihak KPDNHEP kemudiannya melakukan pemeriksaan dan menyoal siasat wanita tersebut, menurut laporan Harian Metro.

“Tindakan wanita itu yang telah mempromosikan produk dengan memberi pernyataan mengelirukan didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 10(1)(h) Akta Perlindungan Pengguna 1999.

“Dan seterusnya kompaun maksimum sebanyak RM50,000 telah ditawarkan kepada ejen jualan langsung berkenaan pada hari ini,” jelas Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Iskandar Halim Sulaiman.

Kompaun itu menurut beliau adalah mengikut Seksyen 25 Akta Perlindungan Pengguna 1999 iaitu bukan suatu pertubuhan perbadanan yang melakukan kesalahan, didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Bukan sahaja didenda namun wanita tersebut yang juga merupakan ejen jualan langsung boleh dihadapkan ke mahkamah sekiranya gagal membayar kompaun yang telah ditetapkan.

Ini bukanlah kali pertama masyarakat kita cuba menghalang COVID-19 dengan cara mereka yang tersendiri. Baca perkongsian mengenai pengamal perubatan Islam ini yang turut mempunyai caranya sebelum ini di pautan di bawah. 

Guna Kaedah Rawatan Islam, Ustaz Ini ‘Tangkap Dan Kurung’ COVID-19 Dalam Botol

Langgar Kuarantin, Wanita Yang Makan Di Kedai Ini Disahkan Positif COVID-19

Pemakaian Pelitup Muka Di Tempat Awam Diwajibkan Bermula 1 Ogos

Sumber