Umum mengetahui, Apple sudah tidak lagi menawarkan pengecas dengan setiap pembelian iPhone pada tahun lalu. Ini kerana, pihak Apple mahu mengurangkan pencemaran eletronik.

Terbaharu, Apple didapati bersalah kerana tidak menyertakan pengecas pada pembelian iPhone dimana ia termaktub dalam undang-undang hak pengguna di Sao Paolo, Brazil.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lantaran itu, Apple telah dikenakan denda sebanyak R$10,546,442.48 (~RM 7.8 juta) oleh pihak berkuasa perbandaran Sao Paolo, Brazil. Bukan itu sahaja, iklan Apple turut tidak telus apabila apa yang dijanjikan Apple nampaknya tidak selari dengan penggunaan dunia sebenar. Malah, Apple juga gagal menawarkan jaminan dan gantian buat iPhone yang mengalami kerosakan disebabkan air.

Apple turut didapati bersalah menjual peranti yang mengalami kerosakan kepada pengguna. Difahamkan, pihak Apple akan merayu supaya denda tidak dikenakan dan mungkin perlu ke mahkamah.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Apple pada pautan di bawah ini.

Apple Disaman RM48.72 Juta Di Itali Berikutan Dakwaan iPhone ‘Waterproof’

Apple Disaman Akibat Papan Kekunci Yang Tidak Berfungsi Dengan Baik

Apple Disaman Setelah Mengaku Memperlahankan Prestasi iPhone Terdahulu

Sumber