Tidak dapat disangkal lagi terdapat pelbagai makanan yang sedap dan enak di Malaysia. Kalau tidak, mana mahunya YouTuber dari Greece sanggup ke Malaysia semata-mata nasi lemak.

Bukan mahu bercakap tentang nasi lemak, tetapi perkongsian CNN di Twitter tentang rendang daging yang disangkakan kari berjaya menarik ramai pihak terutama sekali rakyat Malaysia dan Indonesia.

Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat CNN mengatakan bahawa rendang daging adalah kari di Malaysia dan Indonesia. Dalam artikel tersebut, CNN menjelaskan bahawa rendang daging adalah sejenis kari kering.

Rata-rata netizen mula membanjiri Twitter CNN dengan komen-komen dan netizen menegaskan bahawa rendang daging dan kari tidak sama. Malah, para netizen turut perbetulkan ‘terms’ yang digunakan oleh CNN.

https://twitter.com/Lehahahanat/status/1220540167011725312

Pastinya setiap orang memiliki pandangan yang berbeza. Akan tetapi, kekeliruan ini pastinya mengundang pelbagai reaksi dan apakah pandangan anda mengenai hal ini?

Masihkah anda ingat akan peserta Masterchef UK yang tersingkir kerana ayam rendangnya tidak ‘crispy’? Difahamkan kini beliau sudah tampil dengan buku ‘My Rendang Isn’t Crispy’.

Chef Zaleha Olpin Lancar Buku ‘My Rendang Isn’t Crispy’ Julai Ini

Didakwa ‘Menghina’ Nasi Lemak, Twitter Wartawan Ini Diserang Rakyat Malaysia

Kerana ‘Malaysian Rendang’ Laman Twitter Tottenham Hotspurs Diserang Peminat Indonesia