Semalam rakyat Malaysia dikejutkan apabila Ziyad Zolkefli yang berjaya menampilkan aksi yang hebat dalam acara lontar peluru apabila berjaya memecah rekod dunia dan juga rekod peribadi beliau.

Lontarannya berjaya membuatkan beliau meraih pingat emas sebelum pihak Ukraine menjalankan protes dengan mendakwa Ziyad Zolkefli lewat ke call room iaitu bilik menunggu sebelum pertandingan bermula. Protes tersebut nampaknya telah diterima pihak pengajur sekaligus membuatkan Ziyad Zolkefli disahkan sebagai disqualified.

Berdasarkan insiden yang berlaku, netizen Malaysia nyata berang dengan situasi yang berlaku. Mereka berpendapat sekiranya isu kelewatan ke call room yang menjadi punca, mengapa Ziyad Zolkefli masih lagi dibenarkan untuk membuat lontaran.

Dalam pada itu, terdapat segelintir netizen yang memihak untuk membuat ‘serangan’ secara peribadi kepada atlet paralimpik Ukraine berkenaan yang dinobatkan sebagai pemegang pingat emas iaitu Maksym Koval.

Tersalah ‘serang’

Wf4vDmNtIh4lcZTrQ0zmY9uGexMtwwd9
Sumber: sortitoutsi

Di sebalik ‘serangan’ yang dibuat, didapati terdapat netizen Malaysia yang membuat serangan kepada individu yang salah di mana nama Maksym Koval di Instagram turut digunakan oleh seorang atlet namun merupakan pemain bola sepak dan bukanlah atlet paralimpik.

Terdapat juga netizen yang menyedari beliau bukanlah orangnya dan menyeru rakyat Malaysia untuk tidak menghemburkan sebarang komen negatif atau kata makin terhadap pemain bola sepak tersebut. Ruang komen Instagram pemain ini juga turut dijadikan medan perbincangan dalam mencari Instagram atlet paralimpik berkenaan.

IMG_4560_censored_censored
Sumber: Instagram maksymkoval35
IMG_4562_censored
Sumber: Instagram maksymkoval35

Untuk pengetahuan, pemilihan untuk melancarkan serangan siber khususnya serangan peribadi kepada pihak atlet baik dalam dan luar negara bukanlah perkara yang baik meskipun keputusan yang diterima nyata mengecewakan rakyat Malaysia.

Sememangnya agak mengejutkan ramai apabila mengetahui Ziyad Zolkefli yang hanya terlewat dua minit antara yang menjadi punca pingat emas dan rekod dunia yang dicipta beliau ditarik.

Semoga insiden yang berlaku dapat memberi pengajaran kepada Ziyad Zolkefli, atlet Malaysia yang lain serta pihak pengurus untuk lebih sensitif mengenai tempoh ditetapkan untuk memasuki call room.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali netizen Malaysia melancarkan serangan terhadap atlet negara luar. Sebelum ini, atlet Britain turut menerima ‘diserang’ netizen Malaysia selepas melanggar pelumba basikal negara.

Angkara Langgar Pelumba Basikal Negara, Atlet Britain Ini Sudah Mulai ‘Diserang’ Netizen Tempatan

Teruk Diserang Netizen Malaysia, Facebook Kedutaan Ukraine Tutup Ruangan Komen

‘Tetap Hero Dihati Kami’- Netizen Sayu Dan Beri Kata Semangat Selepas Ziyad Zolkefli Minta Maaf

Sumber