Setiap kali promosi hebat dijalankan, pasti ramai rakyat Malaysia akan berpusu-pusu ke kedai tersebut untuk merebut peluang yang tidak datang selalu. Adakah anda juga gemar beli barangan ketika promosi?

Terbaharu, seorang penjual di Plaza Sungei Wang telah mempromosikan jualan lelong RM10 untuk setiap barangan di kedai miliknya. Pelbagai jenis kasut dan beg boleh dibeli dengan harga RM10 sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lantaran perkongsian tersebut, tular beberapa keping gambar para pelanggan membanjiri Plaza Sungei Wang untuk membeli barangan yang dilelong secara promosi.

Menerusi gambar yang tular, kita dapat lihat para pelanggan beratur panjang untuk ke kedai tersebut dan mengamalkan penjarakan sosial.

Untuk pengetahuan anda, jualan lelong ini akan dijalankan selama 3 hari bermula hari ini sehingga Ahad ini. Jika anda berada berdekatan, bolehlah singgah untuk membeli kasut atau beg dengan harga RM10 sahaja bagi setiap barangan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Mahu Pertahankan Maruah Keluarga, Ali Puteh Dedah Kes Saman Isteri Arwah Abam Bocey Bermula

Hero Wanita Berusia 19 Tahun, Angel Tahu ‘Everything Will Be Okay’ Untuk Myanmar

Terbesar Di Malaysia, ‘Maze Park’ Di Perak Ini Bakal Jadi Tumpuan Terbaru Pelancong