Bagai lepaskan anjing tersepit, itulah perumpaan yang sesuai buat seorang pengguna lorong RFID baru-baru ini apabila dia terpaksa membayar tol tersebut dua kali selepas sebuah motosikal menggunakan lorong tersebut.

Kejadian itu berlaku apabila pemandu mendapati ada sebuah motosikal tersangkut di lorong RFID menunggu kenderaan datang untuk membuka palang tol itu.

Dalam rakaman video dashcam, pemandu itu dilihat perlu bergerak kehadapan dan mengundur beberapa kali kerana posisi motosikal menghalang untuk membolehkan pengimbas RFID mengesan pelekat pada kenderaannya.

Setelah beberapa kali cubaan, akhirnya palang tol itu terbuka dan motosikal itu meninggalkan tol tersebut. Bagaimanapun, apabila pemandu cuba mengekori dari belakang, secara automatik palang tol itu tertutup selepas mengesan pergerakan motosikal terbabit.

Tindakan tidak bertanggungjawab oleh penunggang motosikal itu telah menyebabkan pengguna lorong RFID ini perlu mengundur ke belakang dan menuju ke hadapan sekali lagi hanya untuk membayar tol buat kali kedua.

Perkongsian rakaman video dashcam itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya mengecam penunggang motosikal itu yang langsung tidak mempunyai empati dengan salah guna lorong tol dan menganiaya pemandu yang ‘menyelamatkannya’ yang tersangkut.

Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia
Sumber Gambar: TikTok UtusanTV
Sumber Gambar: TikTok UtusanTV
Sumber Gambar: TikTok UtusanTV

Tambah orang ramai lagi, mereka meminta agar pihak berkuasa mengenakan tindakan tegas kepada mana-mana pengguna motosikal yang menggunakan lorong tol dan tidak menggunakan lorong motosikal yang telah dikhaskan untuk mereka.

Pada masa sama, netizen juga menyarankan agar syarikat konsesi tol dapat mengambil langkah lebih proaktif dan responsif dalam menangani masalah seperti ini yang sekian lama dihadapi oleh pengguna jalan raya.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Lihat lagi beberapa insiden yang sama disebabkan penunggang motosikal menyelit di laluan tol dengan sengaja. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Netizen Geram Lihat ‘Rider’ Menyelit Di Laluan Tol Sehingga Kereta Dihempap Palang

Kereta Langgar Palang Tol, Gara-Gara Motosikal Menyelit Di Laluan ‘SmartTag’

Sumber