Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bagi mengelakkan mengelakkan rakyat Malaysia merentas daerah dan negeri ketika musim perayaan baru-baru ini, pihak polis telah mengenakan sekatan pada ‘laluan tikus’ di seluruh negara bagi mengelakkan pergerakkan merentas kawasan tanpa kebenaran.

Terbaharu, sebuah jambatan kecil yang menghubungkan Kampung Tanjung Jering dan Kampung Sentosa, Bachok di Kelantan telah runtuh ekoran sebuah lori cuba menyeberangi jambatan tersebut.

Jambatan yg menghubungkan Kg Tg Jering dan Kg Sentosa, Bachok yg dijadikan 'lorong tikus' akhirnya runtuh ekoran sebuah…

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Monday, May 31, 2021

Rata-rata ramai pengguna Facebook mempertikaikan tindakan pemandu lori cuba merentasi jambatan kecil tersebut dan berasa senang hati kerana semua pihak tidak boleh lagi mengelak sekatan jalan raya selepas ini.

Ada juga berasa simpati dengan penduduk kampung setempat kerana kini mereka telah ‘kehilangan’ satu laluan yang mereka sering gunakan sebelum penularan wabak COVID-19 di Malaysia lagi.

Difahamkan laluan tersebut sering digunakan oleh penduduk setempat untuk mengelak melalui sekatan jalan raya yang ada di jalan utama bagi melakukan aktiviti harian.

vocket-laluan-tikus-runtuh-6

Sumber Gambar: Facebook Info Roadblock JPJ/Polis

vocket-laluan-tikus-runtuh-8

Sumber Gambar: Facebook Info Roadblock JPJ/Polis

vocket-laluan-tikus-runtuh-9

Sumber Gambar: Facebook Info Roadblock JPJ/Polis

vocket-laluan-tikus-runtuh-3

Sumber Gambar: Facebook Info Roadblock JPJ/Polis

vocket-laluan-tikus-runtuh-4

Sumber Gambar: Facebook Info Roadblock JPJ/Polis

vocket-laluan-tikus-runtuh-5

Sumber Gambar: Facebook Info Roadblock JPJ/Polis

Setakat akhir bulan Mei lalu, sekurang-kurangnya terdapat sekitar 441 buah sekatan jalan raya telah dibuat di seluruh negara. Langkah tersebut dibuat bagi membuat semakan lebih teliti ke atas pengguna jalan raya dan menyekat sebarang pergerakan yang tidak mendapat kebenaran.

Baru-baru ini seorang penunggang basikal ‘terkantoi’ apabila cubaanya untuk rentas daerah dirakam oleh dron pemantau polis.

Dirakam Dron Pemantau Polis, Lelaki Ini Kantoi Cuba Rentas Daerah Dengan Basikal

Mahu Halang Cubaan Rentas Negeri, Polis Tambah Sekatan Di ‘Laluan Tikus’

Anda Mungkin Suka