Umum mengetahui bahawa 16 stesen Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya telah digantung dan boleh dikatakan keadaan huru hara telah menimpa warga kota yang bergantung kepada penggunaan pengangkutan awam.

Lantaran itu, seorang lelaki terpaksa berjalan kaki sejauh 26 kilometer dari LRT Kerinchi ke KL Sentral disebabkan LRT laluan Kelana Jaya tergendala. Menerusi video TikTok Adam Eji, dia memberitahu pada awalnya dia berjalan dari Universiti Malaya (UM) ke LRT Kerinchi, namun disebabkan stesen itu tutup, dia mengambil keputusan meneruskan perjalanan ke Stesen LRT di KL Sentral.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@adameji7

LRT rosak but at least i have a healthy body! 🤩 #fyp #fypdongggggggg #lrtrosak #rapidkl #adameji7 #malaysiatiktok #africanmalaysian #kualalumpur #kelanajayaline

♬ original sound – Adam Eji – Adam Eji

Malah, dia juga perlu meredah hujan sepanjang perjalanan ke KL Sentral, sebelum akhirnya menukar rancangan untuk menaiki Monorel ekoran keadaan huru hara di stesen berkenaan.

Walaupun penat kena berjalan sejauh 26km dan meredah hujan lebat, namun dia tidak merungut dan berfikir positif dimana sekurang-kurangnya dia mendapat badan yang sihat.

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen kagum dengan kegigihannya untuk berjalan kaki pulang ke rumah.

Tidak hanya itu, para netizen turut berharap isu LRT rosak ini dapat segera ditangani kerana ia menyusahkan ramai orang dan ketika artikel ini ditulis, video itu yang telah mendapat 381.5K views dan 35.7K tanda suka di TikTok.