Ramai daripada kita yang meminati makanan Jepun, terutamanya sashimi atau sushi. Hidangan ini bukan sahaja lazat, malah selalunya hadir dalam bentuk yang segar walaupun ia dihidang dengan cara yang mentah.

Namun, tidak semua yang mentah itu baik untuk tubuh badan manusia. Terbaharu, seorang wanita di Jepun telah mengeluarkan seekor cacing yang berukuran 3.8 sentimeter dari mulutnya setelah dia dilaporkan menjamah sepotong ikan mentah.

Dia yang berusia 25 tahun, berasal dari Tokyo telah memakan beberapa potong sashimi dan tidak menyedari bahawa makanan tersebut adalah rumah kepada cacing parasit jenis Pseudoterranova – selalunya dijumpai pada ikan laut yang dihidangkan mentah atau masak.

Screenshot 2020-07-13 at 10.42.13 AM

Kes ini diklasifikasikan sebagai kes yang luar biasa kerana kebanyakan penemuan cacing selalunya berlaku di bahagian usus manusia dan sangat jarang ia dijumpai di bahagian mulut.  

Di dalam American Journal of Tropical Medicine and Hygiene, dilaporkan bahawa wanita itu pada mulanya telah mengalami gejala sakit tekak selama lima hari. Dia melaporkan kepada pihak doktor bahawa sebelum mengalami gejala sakit tekak, dia sempat menjamah satu set sashimi.

Ketika melakukan pemeriksaan, para doktor menjumpai cacing berwarna hitam yang bergerak-gerak di bahagian kiri tonsil wanita tersebut. Setelah mengeluarkan cacing  itu, para doktor menyatakan bahawa tahap kesihatan wanita itu kembali pulih.

Buat anda di luar sana, pastikan anda makan makanan yang sudah dimasak atau jika anda mahu menjamahnya secara mentah, masukkan daging tersebut ke dalam peti sejuk dan biarkan ia beku. Cara ini mampu membunuh bakteria yang ada pada daging tersebut.

Makanan Jepun sangat dekat pada hati rakyat Malaysia, berikut adalah 16 makanan Jepun yang popular di Malaysia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

16 Makanan Jepun Yang Popular Di Kalangan Orang Malaysia

Serendah RM2.12, Sushi King Tawar Promosi ‘Makan Puas-Puas’ Khas Untuk Penggemar Sushi

Sumber