Sehingga ke hari ini, penggodam dikesan menyediakan laman phishing dengan menawarkan perisian percuma menerusi iklan dalam hasil carian Google. Selepas ia dipasang, perisian palsu tersebut kebiasaannya bakal mengakses komputer anda tanpa disedari dan lebih malang lagi aset digital atau wang akan dicuri.

Salah seorang yang menjadi mangsa taktik ini adalah seorang influencer kripto terkemuka yang mana melaporkan kesemua aset kripto digital bersama-sama kawalan ke atas akaun profesional dan peribadi media sosial telah digodam dan dicuri. Semua ini berlaku selepas memuat turun aplikasi palsu pada siaran iklan di Google.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Bleeping computer

Menerusi Twitternya, beliau yang dikenali sebagai NFT God mendakwa telah digodam selepas melancarkan perisian rakaman video Open Broadcaster Software (OBS) dan penstriman langsung yang dimuat turun daripada iklan dalam hasil carian Google.

Lebih mengeruhkan keadaan lagi, penggodam juga dikatakan berjaya menceroboh akaun Gmail dan Discord lalu menyebarkan mesej bersama pautan hasad untuk memerangkap kenalan rapat dan komunitinya.

Berdasarkan kes di atas, beberapa semakan aplikasi seumpamanya telah dibuat dan didapati mempunyai laman phishing yang mana menyerupai laman asli bersama alamat pautan yang mencurigakan. Malah dengan siaran sebagai iklan, sebahagian pengguna lebih cenderung untuk mengaksesnya kerana menyangka ia adalah laman asli pula.

Ekoran itu, pengguna dinasihatkan supaya memastikan hanya memuat turun dan memasang aplikasi-aplikasi dari sumber yang sah sahaja. Di samping itu, buat semakan alamat pautan kerana penggodam bakal memancing pengguna dengan laman palsu bersama alamat pautan yang serupa seperti laman rasmi sesebuah jenama atau syarikat terkemuka.