Sudah menjadi tanggungjawab setiap pengguna jalan raya dalam memastikan keselamatan sendiri termasuk kenderaan serta kenderaan lain terjaga dalam mengelakkan daripada berlaku sebarang kemalangan.

Terbaharu, tular sebuah klip yang dilihat dirakam menerusi rakaman CCTV memperlihatkan tindakan sebuah Perodua Myvi yang seolah terburu-buru keluar daripada stesen minyak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa yang menjadi isu serta menarik perhatian netizen adalah tindakan Myvi ini yang menyelit pada bahagian blind spot lori tangki yang sekaligus menghalang pandangan lori tangki serta menjadi punca kemalangan apabila lori tangki tersebut keluar daripada stesen minyak. Berikut merupakan klip yang dikongsikan oleh Facebook Kaki Komen.

Isu yang berlaku nyata menarik perhatian netizen yang berang dengan tindakan Myvi berkenaan yang dilihat terlalu terburu-buru tanpa memikirkan keperluan kenderaan berat mengambil ruang untuk keluar dari stesen minyak.

Tidak kurang juga yang bersimpati dengan nasib lori tangki berkenaan di mana pemandu tersebut mungkin dikenakan tindakan hanya disebabkan ‘melanggar’ kenderaan lain.

Sumber: Facebook kaki komen
Sumber: Facebook kaki komen
Sumber: Facebook kaki komen

Sehubungan dengan itu, orang ramai diingatkan untuk berada tidak berada dekat dengan kenderaan besar khususnya di lokasi blind spot bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Tular pada minggu ini apabila CEO BubbleBee ini menunjukkan ‘hasil’ tembok rumah yang tidak kukuh serta mudah dijatuhkan hasil kerja pemaju.

‘Tolak Sebelah Tangan Pun Jatuh’ – CEO BubbleBee Ini Dedahkan ‘Kualiti’ Tembok Rumah Yang Dibangunkan

Netizen Kagum Lihat Lelaki Ini ‘Sound’ Ah Long Sehingga Tertunduk Diam