Wabak pandemik COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia kini seperti sinar harapan buat semua orang apabila pelbagai jenis vaksin untuk menangani jangkitan penyakit ini sudah dimulakan.

Malah, program vaksinasi di negara kita turut telah dimulakan semalam dan vaksin diberikan keutamaan kepada petugas barisan hadapan terlebih dahulu. Sedia maklum, ada golongan antivaksin yang telah tampil dengan pelbagai teori konspirasi berhubung vaksin yang akan diambil oleh setiap manusia seluruh dunia.

Terbaharu, pendakwah selebriti PU Rahmat yang menyokong pengambilan vaksin dan juga memperjelaskan bahawa vaksin ini tidak mempunyai apa-apa agenda nyata mengundang rasa kurang senang dalam golongan antivaksin.

Menurut PU Rahmat, dirinya turut digelar ‘ustaz Dajjal’ kerana menyokong pengambilan vaksin. Bukan itu sahaja, ada juga segelintir pengikutnya yang mahu ‘unfollow’ dirinya sebagai tanda protes.

Akan tetapi, kecaman segelintir golongan antivaksin ini tidak menghalang dirinya untuk tetap berdakwah dan menyebarkan kebenaran. Beliau turut menjelaskan kenapa vaksin bukanlah sebuah agenda Yahudi di YouTube miliknya.

Mungkin selepas menonton video tersebut, golongan antivaksin akan membuka mata dan fikir mana yang betul. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

‘Ini Semua Wayang Sahaja’- Golongan Antivaksin Tidak Percaya Perdana Menteri Terima Suntikan Vaksin

Muhyiddin Disuntik Vaksin COVID-19, Lancar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Hari Ini

Berikut Adalah Cara-Cara Untuk Mendaftar Vaksin COVID-19 Dengan Kemas Kini Terkini MySejahtera