Di Thailand cukup terkenal sebagai salah sebuah negara yang mempunyai ramai pengguna trak pikap. Salah satu sebabnya kosnya lebih berbaloi apabila kerajaan negara itu menawarkan ‘cuti cukai’ sehingga lapan tahun dan hampir menghapuskan cukai eksais ke atas jualan pikap domestik.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Baru-baru ini seorang pemilik Honda City dari Thailand mengejutkan pengguna media sosial apabila perkongsian video kereta sedannya telah diubah suai menjadi trak pikap dan menamakannya sebagai ‘BigCity’ telah meraih perhatian ramai.

Dalam video yang tular itu, kelihatan kereta terbabit sedang menarik trak pikap yang tersangkut sehinggalah mereka berjaya melepasi satu kawasan sungai dalam hutan.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Menurut pemiliknya, dia langsung tidak menjangka bahawa keretanya itu akan viral ke seluruh dunia, lebih-lebih lagi selepas beberapa rakaman video dia memandu di kawasan bandar tular di platform TikTok dan stesen television tempatan.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian asal lelaki itu telah mendapat lebih 5,500 kali share daripada pengguna Facebook yang sangat teruja melihat model kereta sedan bagi kegunaan harian dapat diubah suai menjadi trak pikap untuk kegunaan lasak dan offroad.

Bak kata pemilik BigCity — “Saya tidak boleh memecut laju, tetapi saya boleh pergi kemana-mana sahaja saya mahukan.”

Anda boleh lihat lebih lagi gambar-gambar trak pikap ‘Honda BigCity’ tersebut yang kami kongsikan di bawah.

Sumber Gambar: Facebook BigCity Dawson

Sumber Gambar: Facebook BigCity Dawson

Sumber Gambar: Facebook BigCity Dawson

Sumber Gambar: Facebook BigCity Dawson

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Satu pengedar kereta klasik dari Singapura berputih mata apabila model MG Midget 1969 yang diimport khas dari England telah musnah dilanggar kenderaan lain. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Proses Restorasi Hampir Siap, Namun Kereta Klasik Ini Musnah Dilanggar Sekelip Mata

Dahulu Ego Tolak Idea Kereta Besar, Kini Ferrari Bakal Lancarkan ‘FUV’ Pertama September Ini

Netizen Puji Lelaki Ini Belanja Hampir RM3,000 Untuk Mudahkan Bapanya Yang Uzur Masuk Kereta