Pada malam semalam seorang lelaki dipercayai kurang siuman mati ditikam oleh seorang peniaga foodtruck di pekan Lukut menggunakan objek tajam sebelum melarikan diri dengan Proton Wira berwarna putih.

Menurut saksi yang enggan dikenali mangsa dipercayai kurang siuman dan selalu merayau di sekitar pekan Lukut, petik Harian Metro.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Dia (mangsa) memang selalu minta makanan kepada peniaga di kawasan ini. Saya dimaklumkan, peniaga itu datang dari Segamat dan dia lari dengan Proton Wira berwarna putih sebaik menikam lelaki itu,” katanya.

Sumber Gambar: Sinar Harian

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, kejadian berlaku pada jam 7.35 malam di hadapan Medan Selera Cina Pekan Lukut, Port Dickson.

“Polis menerima maklumat seorang lelaki ditikam dengan menggunakan objek tajam di kawasan Medan Selera Cina di pekan Lukut.

“Polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati seorang lelaki terbaring di kawasan parkir dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah. Selepas diperiksa Pegawai Perubatan yang tiba pada jam 7.55 malam, mangsa disahkan sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan di sini tadi.

Mangsa berusia 38 tahun dan mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk dan bedah siasat. Motif kejadian masih dalam siasatan dan polis giat mengesan suspek.

“Siasatan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Polis memohon kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk membantu siasatan atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di talian 06-6472222,” katanya.

Sumber