Jika dari jauh kita ternampak sekumpulan orang ramai memakai pakaian badan beruniform berkumpul di tepi jalan, secara automatik hati kita berasa berdebar kerana bimbang ‘tersangkut’ dalam roadblock yang dibuat.

Baru-baru ini seorang gadis mencuri perhatian netizen apabila dia memberhentikan motor skuter di hadapan anggota bomba yang sedang berkumpul di pembahagi jalan dipercayai ada acara sedang berlangsung ketika itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut perkongsian akaun TikTok @zainy_hazmat01, gadis berkenaan hentikan skuter dan memberitahu bomba yang ada di situ bahawa dia sedang dalam perjalanan untuk menyelesaikan urusan.

@zainy_hazmat01

kami x tahan aihh..awak cik adik berenti haha..🤣🤣🤣.. #fireman👨‍🚒 #fyp #abangbombailove

♬ original sound – zainyhazmat01 – zainy_hazmat01

‘Jawapan’ yang diberikan oleh gadis itu membuatkan anggota bomba geli hati dan memberitahu mereka (bomba) tidak ada membuat roadblock sepertimana pihak PDRM lakukan. Netizen yang menonton video itu berasa terhibur dengan tindakan spontan gadis tersebut.

Orang ramai menyatakan mungkin sebab gadis itu keseorangan di atas jalan berkenaan menyebabkan dia blank tidak tahu apa perlu buat apabila melihat sekumpulan anggota bomba berkumpul di tepi jalan.

Sumber Gambar: TikTok @zainy_hazmat01
Sumber Gambar: TikTok @zainy_hazmat01
Sumber Gambar: TikTok @zainy_hazmat01
Sumber Gambar: TikTok @zainy_hazmat01

Selepas anggota bomba ‘melepaskan’ gadis tersebut daripada ‘roadblock, kelihatan gadis itu berlalu pergi sambil tunduk dan menutup mukanya dengan tangan kerana malu dengan apa yang dia hadapi selama beberapa saat tadi.