Satu pergaduhan telah berlaku di hadapan sebuah sekolah menengah di Kempas, Johor kira-kira jam 3.45 petang semalam sehingga menyebab kecederaan, lapor Harian Metro.

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh, pertengkaran itu tercetus akibat pemadam yang dibaling oleh salah seorang pelajar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Siasatan kami mendapati bahawa dua hari sebelum pergaduhan, salah seorang daripada mereka membaling pemadam ke arah rakan sekelasnya, yang membawa kepada rasa tidak puas hati.

“Tidak lama selepas pergaduhan itu, beberapa pelajar yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu telah ditahan,” katanya.

Tambah Balveer, mereka yang cedera dalam pergaduhan itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan selanjutnya selepas mengalami kecederaan dan lebam di kaki dan tangan.

Melihat kepada gambar yang kini tular di media sosial, seorang pelajar dilihat mengakami kecederaan yang teruk apabila kepalanya berdarah, manakala seorang lagi menunjukkan seorang pelajar terbaring di atas katil hospital berserta pendakap leher.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan orang ramai digesa tidak membuat spekulasi kerana ia boleh menjejaskan keharmonian umum.

Balveer juga menyeru mereka yang mempunyai masalah untuk menyelesaikannya dengan cara yang aman dan tidak bertindak melulu.