Berikutan perang Rusia dan Ukraine, stok penghasilan mi segera terkenal Indonesia iaitu Indomie terganggu. Bahan utama menghasilkan mi segera Indomie itu menggunakan campuran gandum.

Kini, berlaku gangguan bekalan gandum apabila pengimport utama gandum di dunia iaitu Ukraine terlibat dalam perang. Di kebanyakan tempat di Indonesia saat ini, jenama mi segera popular itu stoknya terhad dan ramai pengguna serta pengusaha kedai kecewa apabila kurangnya paket Indomie di rak pasar raya dan kedai runcit.

Difahamkan, Indonesia merupakan salah satu pembeli gandum terbesar di Ukraine, maka tidak hairanlah bahawa Indomie yang diperbuat daripada tepung gandum itu kekurangan stok sejak kebelakangan ini.

Lantaran itu, paras harga mi segera itu telah melambung tinggi. Menurut laporan Al Jazeera, sebilangan penduduk Indonesia di bandar Medan mendakwa bahawa sebungkus 40 pek Indomie kini berharga bersamaan dengan AS$7.15 (~RM30), naik daripada tanda harga AS$6.80 (~RM28.67) seperti biasa beberapa minggu lalu.

Bagi peminat mi segera secara amnya, hal ini cukup membimbangkan kerana ia bukan hanya terpakai kepada jenama Indomie tetapi akan mempengaruhi industri mi segera secara keseluruhan. Sekiranya perang Rusia dan Ukraine berterusan, dijangkakan banyak harga makanan akan meningkat.

Sementara itu, klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut berkaitan perang antara Rusia dan Ukraine.

Perang Rusia Dan Ukraine, Apa Sebenarnya Yang Dimahukan Vladimir Putin?

Rusia vs Ukraine: Apa Akan Berlaku Jika Vladimir Putin Berjaya Tawan Kota Kyiv?