Umum mengetahui bersentuhan atau bersalaman dengan bukan mahram adalah haram di sisi agama. Baru-baru ini tular mengenai penceramah bebas Ustazah Siti Afifah Shahbudin mendakwa bersalaman dengan artis boleh kehilangan roh dan jiwa mereka.

Pelakon terkenal, Amyra Rosli memuat naik video di akaun TikTok miliknya dengan berseloroh mengatakan dia takut untuk bersalaman dengan suaminya yang merupakan seorang artis, Amar Baharin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@aamyrarosli8

??

♬ original sound – Amyra Rosli – Amyra Rosli

“Adakah selepas ini saya tak boleh bersalaman dengan suami saya? Saya takut hilang roh, jiwa sebab suami saya artis,” katanya secara berseloroh menangis di dalam video tersebut.

Menerusi video tersebut, Amyra atau nama sebenarnya Nur Amyra Izzati Rosli telah mencuit hati netizen dengan menggunakan filter coklat Ferrero Rocher.

Bahkan, video berdurasi 12 saat itu menerima lebih 280 ribu tontonan dan lebih 26 ribu ‘like’ di TikTok.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat yang dilakukan oleh pelakon berusia 31 tahun itu.

Sementara itu, ada yang mengatakan jika Amyra dan suaminya bersalaman, mereka akan hilang jiwa dan roh bersama kerana kedua-duanya adalah artis.