Seorang wanita berusia 90 tahun rugi sebanyak RM3.83 juta setelah ditipu oleh sindiket Macau Scam yang menyamar dari Pos Laju dan polis.

Melalui laporan yang dikeluarkan oleh The Edge, difahamkan wanita terbabit telah menerima panggilan telefon dari Pos Laju pada 13 Jun, di mana satu bungkusan telah dihantar kepadanya dari Ipoh ke Sabah menggunakan maklumat peribadinya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dia kemudiannya dihubungkan dengan seorang lelaki tempatan yang mengaku sebagai anggota polis berpangkat sarjan dengan nama Ho Mum Foo dan pegawai atasan bernama Inspektor Herman Lee dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.

Wanita terbabit telah mematuhi arahan sindiket dengan memindahkan wang simpanannya kepada tujuh syarikat berbeza antara 20 April dan 15 Jun.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal mengatakan bahawa pihak polis telah menahan dua lelaki tempatan berusia 36 dan 43 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes ini di sebuah restoran di Shah Alam, Selangor pada Khamis lalu.

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan kedua suspek boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun, dan boleh disebat dan didenda.

Nik Ezanee berkata polis turut merampas tiga telefon bimbit dan kedua-dua suspek direman selama empat hari mulai hari Jumaat. Katanya, sindiket itu biasanya mensasarkan warga tua yang kurang terdedah kepada maklumat mengenai jenayah siber.

Terdahulu, Pos Laju telah membuka kerja kosong dengan komisyen yang mencecah RM6,000 sewaktu PKP. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lambakan Parcel Ketika PKP, Pos Laju Tawar Kerja Dengan Komisyen Mencecah RM6,000

Dikejar Anjing Sehingga Ke Atas Pagar, Gelagat ‘Abang Posmen’ Ini Buat Netizen Ketawa