Urusan di bank selalunya mengambil masa yang lama dan takkala Maybank sudah memperkenalkan sistem perbaharui kad bank di kiosk serta secara online, ada lagi bank yang masih tidak berkembang seiring dengan kemajuan teknologi.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok Nur Hatini telah berkongsi sebuah video yang mendakwa terpaksa membawa ibunya yang lumpuh seluruh badan ke bank demi untuk menukar kad yang akan tamat tempoh serta sudah menghubungi pihak bank untuk ketahui prosedur bagi pesakit lumpuh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.tiktok.com/@hatinimahamud/video/7138252962693942555?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135628016390391297

Menerusi video terbabit, dia telah menggunakan perkhidmatan ambulans St John dan bukannya kereta kerana keadaan ibunya yang tidak boleh duduk. Malah, Hatini juga berasa kecewa kerana pihak bank tidak bertimbang rasa dan difahamkan ibu wanita itu adalah penerima pencen serta duit itu digunakan untuk keperluan lain bagi pesakit bedridden.

Baca: Alasan kad bank perlu ditukar apabila tamat tempoh
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan dikongsikan kembali oleh netizen di media sosial.

Rata-rata netizen berasa terkejut kerana pihak bank tidak bertimbang rasa dan sepatutnya pihak bank itu ke rumah pelanggan lumpuh untuk memudahkan urusan.

Malah, ada juga netizen yang menggunakan perkhidmatan bank lain mengatakan bahawa pihak bank pilihan mereka ada ke rumah untuk mudahkan urusan orang tua mereka yang sakit dan lumpuh. Tidak hanya itu, para netizen juga mengecam tindakan bank tersebut.

Walau bagaiamanpun, belum ada sebarang kenyataan daripada bank tersebut berhubung isu yang berlaku ini dan ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 800 ribu tontonan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang jadi pilihan netizen minggu ini pada pautan di bawah.

Duduk Kondominium Mewah Tapi Mohon Bantuan Zakat, Siasatan MAIWP Ini Bongkar ‘Sisi Gelap’ Segelintir Pemohon

Bangga Tayang Raih Puluhan ‘Salted Peanuts’ MAS, Perkongsian Azfar Heri Undang Pertikaian Netizen