Ketika ini, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan sekali lagi di seluruh negeri dan setiap rakyat haruslah mematuhi kesemua prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Terbaharu, pengurus restoran di Taman Matang Gedong, Taman Sejati dikompaun RM10,000 kerana tidak mematuhi SOP dan melanggar arahan PKP yang ditetapkan dengan membuka restoran melebihi masa ditetapkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, anggotanya melakukan pemeriksaan pada jam 11 malam tadi dan mendapati premis itu masih beroperasi.

Pengurus tersebut ditahan dan dikenakan kompaun seta perlu membayar kompaun dalam tempoh 14 hari di Pusat Kesihatan Daerah. Kompaun dikeluarkan mengikut Perkara 16 Peraturan-Peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPP) 2021.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Menteri Besar Selangor Nafi Dakwaan Penduduk Orang Asli Sepang Diusir Untuk Projek Pelancongan

Kumpulan Rage Against The Machine Dikecam Peminat Kerana Sokong Palestin

Terima Soalan ‘Kurang Ajar’, Aliff Syukri Mengamuk Dan Marah AC Mizal Dalam Set Penggambaran?

Sumber