Seperti juga Malaysia, negara Thailand juga kini sedang kian menjalankan program vaksinasi dalam mendapatkan imuniti kelompok sekaligus dapat mengurangkan penularan wabak COVID-19.

Di sebalik pelbagai usaha yang dilakukan frontliner dan juga rakyat, Thailand baru-baru ini dikejutkan dengan insiden seorang warga emas berusia 70 tahun yang dikatakan telah mendapat dua dos suntikan vaksin pada hari yang sama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan yang dikeluarkan Bangkok Post, situasi ini berlaku kepada seorang warga emas bernama Somwang Jukul di mana beliau bersama keluarga hadir ke pusat vaksinasi untuk mendapatkan suntikan dos kedua vaksin AstraZeneca.

Somwang Jukul pada awalnya dilaporkan diperiksa oleh pegawai kesihatan sebelum mendapatkan suntikan vaksin. Selepas pemeriksaan dijalankan, Somwang diarahkan jururawat untuk ke mendapatkan suntikan di mana beliau berpecah bersama keluarganya.

Selepas menerima suntikan pada lengan kanan, beliau dikatakan masih lagi duduk di tempat yang sama sementara menantikan arahan daripada jururawat.

Ketika mahu beredar, seorang lagi jururawat memanggilnya untuk beliau duduk semula sebelum memberikan suntikan vaksin di lengan kiri tanpa menyoal beliau terlebih dahulu. Somwang kemudiannya menceritakan kepada anaknya selepas selesai mendapat dua dos suntikan vaksin.

Walau bagaimanapun, anaknya dikatakan tidak memaklumkan kepada golongan petugas atau membuat aduan selepas mendapati ibunya tidak menunjukkan sebarang simptom luar biasa namun turut menghubungi pihak kesihatan selepas itu.

Dilaporkan Somwang tidak menuju ke zon pemantauan selepas divaksin sebaliknya berada di lokasi yang sama sekaligus membuatkan jururawat berpendapat warga emas tersebut masih belum mendapat suntikan.

Insiden yang berlaku secara tidak langsung menjadikan Somwang antara individu terawal di Thailand menerima tiga dos yang terdiri daripada satu dos Sinovac dan dua dos AstraZeneca.

Tular pada minggu ini apabila wanita ini berjaya mencuri tumpuan netizen apabila berjaya berturut dalam tiga bahasa iaitu Hindi, Nepal dan Burma bersama warga asing sewaktu bertugas di PPV.

Mahir Bertutur 3 Bahasa, Kemahiran Wanita Ini Ketika Bertugas Di PPV Raih Perhatian Netizen

‘Sudah Dihujung, Malu Tolak Tepi’- Pemuda Nekad Berlari Tumpang Tandas Di SJR Curi Perhatian Netizen

Sumber